APA ITU SSPN-i PLUS?

SSPN-i Plus  merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan.

SSPN-i Plus adalah pelan simpanan bersistematik yang menyediakan manfaat simpanan dan manfaat takaful secara serentak kepada pendeposit seisi keluarga.

Untuk rekod, setakat hari ini, bilangan pendeposit SSPN-i Plus telah melebihi 250,000 akaun sejak dilancarkan pada Jun 2015. Pendeposit SSPN-i Plus telah pun mula menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan serta paling penting telah membantu ramai ibu bapa serta waris dalam merancang dana pendidikan anak-anak.

Dua Manfaat Satu Matlamat

Simpanan SSPN-i Plus yang direka khas oleh PTPTN ini adalah bagi memastikan matlamat simpanan untuk masa depan tetap tercapai walau terhenti di pertengahan jalan di atas sebab masalah kesihatan (penyakit krtikal) atau musibah kemalangan yang menimpa kepada ibu atau bapa sebagai pendeposit. Manfaat takaful melengkapkan asas keperluan kewangan.
  • Perlindungan takaful hanya melindungi pendeposit sahaja
  • Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja atas satu nama pendeposit atau prlindungan maksimum RM2 juta sahaja
  • Bagi Pakej Berlian, jika maklumat yang diberikan didapati tidak benar, manfaat tidak akan dibayar dan jumlah simpanan beserta dividen yang diterima akan dipulangkan.

Tawaran Terkini !!

Mata Ganjaran Bonuslink

Untuk semua ahli kad BonusLink yang juga seorang pendeposit SSPN, anda bakal mendapat mata ganjaran BonusLink yang istimewa setiap kali menyimpan dalam SSPN. Setiap pembukaan akaun baru bagi mana-mana pakej SSPN-i Plus juga melayakkan anda mendapat mata ganjaran tambahan.