Agihan Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma berbentuk simpanan SSPN yang bernilai RM500 bagi simpanan bersih yang dibuat pada tahun 2018. Simpan RM500, Percuma Simpanan Tambahan RM500.

kanak-kanak umur 7 hingga 12 tahun

Berumur 7 Hingga 12 Tahun

Peruntukan sebanyak RM250 juta disediakan oleh kerajaan melalui Pembentangan Bajet 2018 bagi galakkan budaya menabung bagi tujuan pendidikan. Agihan peruntukan ini sah sehingga pada 31 Disember 2018 sahaja.

banner3

Terhad 500,000 Murid Sekolah Rendah

Layak mendapatkan simpanan tambahan PERCUMA RM500 setiap akaun SSPN bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun dan bersekolah rendah pada tahun 2018.
TOPAZ

SIMPANAN BERSIH RM500

Simpanan bersih pada tahun 2018 melayakkan anda mendapatkan RM500 secara PERCUMA dan layak dividen dan keistimewaan pelepasan cukai. *Simpanan PERCUMA ini hanya boleh dikeluarkan pada umur anak 18 Tahun.

Terdapat enam (6) jenis pakej yang ditawarkan kepada pendeposit SSPN-i Plus. Setiap pakej mempunyai kelebihan masing-masing. Klik kepada maklumat lanjut untuk analisa ringkas berkenaan keistimewaan dan kelebihan bagi setiap pakej tersebut. Rujuk nota setiap pakej bagi jumlah simpanan yang perlu disimpan untuk pastikan anda dapat simpanan Percuma RM500.

NILAM

SIMPANAN RM100

Simpanan 10% dari pendapatan secara konsisten setiap bulan menyediakan unjuran sehingga RM34 ribu. Manfaat takaful sehingga RM40 ribu bagi melindungi ibu bapa sebagai pendeposit.

Simpan 6 bulan simpanan (RM600) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

PAKEJ DELIMA SSPNIPLUS SSPN1M GERAN SEPADAN

SIMPANAN RM50

Pakej yang paling sesuai untuk disertai oleh setiap ibubapa dengan unjuran simpanan RM15 ribu selepas 20 tahun. Manfaat takaful sehingga RM40 ribu bagi melindungi ibu bapa sebagai pendeposit.

Simpan 13 bulan simpanan (RM650) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

INTAN

SIMPANAN RM30

Merupakan pakej simpanan dan takaful yang terendah. Mulakan sekarang dengan menyimpan RM1 sehari untuk setiap anak. Mempunyai manfaat takaful bernilai sehingga RM40 ribu.

Simpan 25 bulan simpanan (RM750) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

BERLIAN

BULANAN RM500

Demi memastikan matlamat pendidikan anak anda tercapai dengan lebih mudah, sertai Pakej Berlian dan nikmati manfaat takaful sehingga RM1 juta. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 setahun.

Simpan 3 bulan simpanan (RM1500) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

ZAMRUD

BULANAN RM300

Manfaat perlindungan takaful sehingga RM80 ribu dan nikmati unjuran simpanan terkumpul melebihi RM100 ribu selepas 20 tahun. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 setahun melalui pakej Nilam.

Simpan 2 bulan simpanan (RM600) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

TOPAZ

BULANAN RM200

Nikmati unjuran simpanan terkumpul melebihi RM65 ribu. Juga disertakan manfaat Takaful sehingga RM80 ribu tanpa pemeriksaan kesihatan. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 setahun.

Simpan 3 bulan simpanan (RM600) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

Ali telah buat simpanan RM500 dalam akaun SSPN anak sulung beliau yang berusia 7 tahun pada tahun 2018. Ali terima percuma RM500. Menjadikan total simpanan beliau sebanyak RM1000. Dengan andaian dividen SSPN adalah 4% setahun selama 10 tahun, simpanan RM1000 tadi akan menjadi RM1480.24. Rujuk gambar A.

Cara dapatkan percuma RM500 melalui SSPN-i Plus Rujuk Pakej Simpanan SSPN-i Plus.

Lagi banyak keistimewaan dan insentif menarik yang ditawarkan kepada pendeposit SSPN-i Plus. Rujuk di sini.

Berlainan kisah Benny rakan Ali. Benny juga ingin mula menyimpan untuk anak sulungnya. Namun begitu, beliau masih mencari-cari suatu tempat simpanan yang dapat memberi dividen yang tinggi setiap tahun. Ali menunjukkan 1 simulasi kepada Benny.

Ali beritahu Benny perlukan suatu tempat simpanan yang boleh konsisten beri dividen 11% setahun selama 10 tahun bagi mendapatkan amaun simpanan lebih kurang setara dengannya. Benny rasa Wow! dan akui lagi mudah simpan RM500 dalam SSPN sambil nikmati insentif percuma RM500 sekarang berbanding mencari tempat simpanan yang boleh beri dividen 11% konsisten.

BILA GERAN SEPADAN (GS500) DIMASUKKAN?

Sekiranya anda layak, amaun RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN anda pada bulan yang berikutnya selepas Simpan RM500*.

*: Sumbangan takaful bagi SSPN-i Plus tidak dikira dalam kelayakan. Namun begitu, jumlah deposit hendak gandaan mengikut pakej dan ditolak dengan jumlah takaful.

Kategori Akaun sspn

Terdapat Dua Jenis Akaun SSPN Yang Mempunyai Kelayakan Berbeza

Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM6,000.00 setahun bagi deposit tahun berkenaan.

SSPN-i ini mempunyai Dividen atau Kadar Keuntungan daripada jumlah simpanan mengikut prorata dan bergantung kepada pengumuman Dividen tersebut.

Mempunyai perlindungan takaful bagi deposit Rm1,000 dan ke atas.

Khairat kematian ini diberikan sekiranya simpanan deposit RM1,000.

Pelepasan taksiran cukai pendapatan lebih dari RM6,000.00 setahun bagi deposit tahun berkenaan kerana terdapat pelapasan di bawah insuran nyawa bagi sumbangan takaful yang disertakan.

SSPN-i Plus ini mempunyai Dividen atau Kadar Keuntungan daripada jumlah simpanan mengikut prorata dan bergantung kepada pengumuman Dividen tersebut.

Mempunyai perlindungan takaful mengikut pakej sehingga RM1,000,000.00

Khairat kematian pendeposit, pasangan dan 3 orang anak.

Komitmen simpanan serendah RM30-RM500 sebulan.

Soal Jawab Percuma RM500

SSPN adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional produk simpanan PTPTN. SSPN terdiri daripada SSPN-i dan SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak.

Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500.

Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).

Insentif GS500 layak diberikan kepada pendeposit seperti berikut:

  1. Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat;
  2. Penerima manfaat (pada tahun 2018) mestilah:
    • berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun; atau
    • sedang belajar di sekolah rendah

Akaun SSPN boleh dibuka/ ditambah secara online dengan melayari laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik, tertakluk kepada syarat-syarat pembukaan akaun yang telah ditetapkan.

Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful bagi SSPN-i Plus).

Contoh:

Penerima ManfaatKeteranganSSPN-iSSPN-i PlusCatatan
1Simpanan500Layak GS500
2Simpanan500Layak GS500
3Simpanan200300Tidak layak GS500

Tidak perlu kerana insentif GS500 akan diberikan secara automatik.

Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).

Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan mulai 10 haribulan berikutnya di Portal Rasmi PTPTN atau menghubungi pegawai PTPTN untuk info lanjut.

Tidak layak kerana simpanan bersih terkumpul tidak mencukupi RM500.

Contoh:

Penerima ManfaatKeteranganSSPN-iSSPN-i PlusCatatan
1Pengeluaran500Tidak layak GS500
Simpanan500

Tidak layak kerana simpanan bersih pendeposit tidak mencukupi RM500.

Contoh:

KeteranganPenerima Manfaat 1Penerima Manfaat 2Catatan
Pengeluaran500
Simpanan500Tidak layak GS500



Pendeposit layak menerima insentif GS500 sekiranya membuat simpanan sebanyak RM1,000 ke akaun penerima manfaat kedua.

KeteranganPenerima Manfaat 1Penerima Manfaat 2Catatan
Pengeluaran500
Simpanan1,000Layak GS500



Tidak. Seorang penerima manfaat hanya layak menerima sekali insentif GS500 sahaja. Keutamaan pemberian insentif ini adalah kepada akaun yang terlebih dahulu mencapai simpanan bersih RM500

Insentif GS500 boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.

Boleh dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif GS500

Contoh:
Pendeposit mempunyai baki simpanan sebanyak RM2,000 dan telah menerima insentif GS500. Keseluruhan simpanan adalah sebanyak RM2,500. Pendeposit dibenarkan membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM1,500.

Tidak boleh. Insentif GS500 adalah milik penerima manfaat secara individu dan tidak boleh dipindah milik ke penerima manfaat yang lain walaupun di bawah pendeposit yang sama.

Tidak boleh. Insentif GS500 akan ditarik balik sekiranya pendeposit melanggar terma dan syarat yang ditetapkan dan amaun penutupan hanya tertakluk kepada jumlah simpanan dan dividen sahaja.

Apabila berlaku kematian ke atas:

  1. Pendeposit : Semua akaun di bawah nama pendeposit perlu ditutup dan layak menerima GS500.
  2. Penerima manfaat : Akaun penerima manfaat perlu ditutup dan layak menerima GS500.