Terdapat enam (6) jenis pakej yang ditawarkan kepada pendeposit SSPN-i Plus. Setiap pakej mempunyai kelebihan masing-masing. Klik kepada maklumat lanjut untuk analisa ringkas berkenaan keistimewaan dan kelebihan bagi setiap pakej tersebut. Rujuk nota setiap pakej bagi jumlah simpanan yang perlu disimpan untuk pastikan anda dapat simpanan Percuma RM500.

SIMPANAN RM100
Simpanan 10% dari pendapatan secara konsisten setiap bulan menyediakan unjuran sehingga RM34 ribu untuk pengajian tinggi anak. Manfaat takaful sehingga RM40 ribu bagi melindungi ibu bapa sebagai pendeposit.
Simpan 6 bulan simpanan (RM600) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

SIMPANAN RM50
Pakej yang paling sesuai untuk disertai oleh setiap ibubapa bagi setiap anak dengan unjuran simpanan RM15 ribu. Manfaat takaful sehingga RM40 ribu bagi melindungi ibu bapa sebagai pendeposit.
Simpan 13 bulan simpanan (RM650) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

SIMPANAN RM30
Merupakan pakej simpanan dan takaful yang terendah. Mulakan sekarang dengan menyimpan RM1 sehari untuk unjuran simpanan RM7,500 setiap anak. Mempunyai manfaat takaful bernilai sehingga RM40 ribu.
Simpan 25 bulan simpanan (RM750) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

SIMPANAN RM200
Nikmati unjuran simpanan terkumpul melebihi RM65 ribu. Juga disertakan manfaat Takaful sehingga RM80 ribu dan tanpa pemeriksaan kesihatan. Pelepasan cukai sehingga melebihi RM6,000 setahun.
Simpan 3 bulan simpanan (RM600) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

SIMPANAN RM300
Manfaat perlindungan takaful sehingga RM80 ribu dan nikmati unjuran simpanan terkumpul melebihi RM100 ribu selepas 20 tahun. Pelepasan cukai sehingga melebihi RM6,000 setahun melalui pakej Nilam.
Simpan 2 bulan simpanan (RM600) sekarang unuk dapatkan simpanan percuma RM500.

SIMPANAN RM500
Demi memastikan matlamat pendidikan anak anda tercapai dengan lebih mudah, sertai Pakej Berlian dan nikmati manfaat takaful sehingga RM1 juta. Pelepasan cukai sehingga melebihi RM6,000 setahun.