1 Simpanan 3 Cabutan WOW! SSPN-i Plus

Setiap pendeposit SSPN-i Plus juga layak memenangi Cabutan WOW! setiap tahun secara automatik bagi setiap simpanan RM50 yang dibuat. Bagi tahun 2018, PTPTN menyediakan 3 Cabutan yang berupa hadiah pelancongan atau percutian serta wang tunai pada setiap bulan, sukuan tahun dan tahunan yang kesemuanya bernilai RM2 juta untuk pendeposit yang bertuah. Simpan lebih, peluang pun lebih!

Cabutan Sukuan Tahun

Hadiah percutian ke negara Jepun dan tiket Disneyland Tokyo berjumlah RM23,000 beserta wang tunai RM3,000 untuk keluarga dan sahabat handai tersayang.

Hadiah perjalanan Umrah penyucian hati untuk ibu bapa dan sekeluarga berjumlah RM23,000 beserta wang tunai RM3,000 yang mendamaikan hati.

Cabutan Bulanan

Hadiah percutian di Legoland bernilai RM4,000 beserta wang tunai RM1,500 pastinya menjadi kenangan terindah dan mengembirakan buat anak-anak anda semasa musim cuti sekolah mereka.

Hadiah percutian dalam negera setiap bulan untuk di menangi dengan hanya menyimpan sekurang-kurangnya RM50 untuk 1 cabutan. 31 hadiah lokasi percutian untuk dimenangi setiap bulan.

Cabutan Tahunan

Hadiah tahunan pula menawarkan pemenang dengan wang tunai yang sangat lumayan kepada pendeposit bertuah:

 

Tempat Pertama : RM100,000 x 1 pemenang

Tempat Kedua : RM50,000 x 2 pemenang

Tempat Ketiga : RM10,000 x 3 pemenang

Saguhati : RM200 x 4,000 pemenang

Terma dan Syarat

  • Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT;

  • Pendeposit perlu membuat pembukaan akaun baharu dan/atau penambahan deposit serta memastikan akaun aktif sehingga tamat tempoh promosi;

  • Pendeposit SSPN-i Plus baharu atau sedia ada adalah layak untuk cabutan dengan syarat akaun kekal aktif tanpa tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;

  • Bilangan cabutan ditentukan daripada baki deposit SSPN-i Plus pada tarikh tamat tempoh promosi tersebut. Nilai deposit SSPN-i Plus adalah berdasar nilai pakej (jumlah simpanan + takaful);

  • Bilangan cabutan adalah berdasarkan setiap RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan;

  • Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan;

  • Hadiah berbentuk ganjaran tunai akan didepositkan ke akaun SSPN-i Plus;

  • PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah atau kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang;

  • PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;

  • Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;

  • PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;

  • Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah; dan

  • PTPTN berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.

  • Perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.