Beruntung Dapat Percuma RM500

Suka tak kami kongsikan 2 stori ini? Kisah Ali dan Benny.

.
Ali merupakan bapa yang berpandangan jauh. Ali telah buat simpanan RM500 dalam akaun SSPN anak sulung beliau yang berusia 7 tahun pada tahun 2018.

Dengan menyimpan RM500, Ali terima percuma RM500. Menjadikan total simpanan beliau sebanyak RM1000. Dengan andaian dividen SSPN adalah 4% setahun selama 10 tahun, simpanan RM1000 tadi akan menjadi RM1480.24. Banyak kan? (Rujuk gambar A)
.
.
Berlainan pula stori dengan Benny. Benny merupakan rakan baik kepada Ali. Benny juga ingin mula menyimpan untuk anak sulungnya.

Sehingga kini, beliau masih mencari-cari suatu tempat simpanan yang dapat memberi dividen yang tinggi setiap tahun. Lalu beliau berjumpa dengan Ali. Ali menunjukkan 1 simulasi kepada Benny (Rujuk gambar B)
.
Ali beritahu Benny perlukan suatu tempat simpanan yang konsisten beri dividen hampir 11% setahun selama 10 tahun bagi mendapatkan amaun simpanan lebih kurang setara dengan Ali. Benny rasa WOW!

Benny akui lagi mudah simpan RM500 dalam SSPN dan menikmati insentif percuma RM500 berbanding mencari tempat simpanan yang konsisten beri dividen 11%.
.
.
Jadi, nak buka akaun SSPN sekarang? Eh sekejap. Ada lagi nak beritahu ni. Syarat-syarat untuk layak insentif simpan RM500 percuma RM500 adalah seperti berikut :-

✔Mempunyai akaun SSPN yang dibuka untuk penerima manfaat (anak). 
✔Penerima manfaat berumur 7 hingga 12 tahun atau bersekolah rendah pada tahun 2018
✔Simpanan terkumpul pada Tahun 2018 sekurang-kurangnya RM500.
✔Pelaksanaan insentif mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukkan RM250juta atau 500,000 akaun terawal (first come,first serve basis). Masih ada kuota lagi sehingga diumumkan kelak.
.
.
Ada orang tanya, jika baru nak buka SSPNi Plus layak tak terima insentif percuma RM500 ni? Jawapannya : BOLEH.

Orang yang buka akaun SSPNi Plus ni spesial. Banyak keistimewaan dan insentif menarik yang ditawarkan kepada pendeposit SSPNi Plus. 
.
.
Jadi,bagi yang baru nak buka SSPNi Plus bulan ini, pada masa sama nak rebut insentif simpan RM500 percuma RM500 ni perlu buat bayaran ikut pakej seperti di bawah :-
.
INTAN : RM750 @ 25 bulan amaun pakej. Boleh mula simpan RM30 sebulan pada JANUARI 2021
.
DELIMA : RM650 @ 13 bulan amaun pakej. Boleh mula simpan RM50 sebulan pada JANUARI 2020
.
TOPAZ : RM600 @ 6 bulan amaun pakej. Boleh mula simpan RM100 sebulan pada JULAI 2019
.
ZAMRUD : RM 600 @ 3 bulan amaun pakej. Boleh mula simpan RM200 sebulan pada MAC 2019
.
NILAM : RM 600 @ 2 bulan amaun pakej. Boleh mula simpan RM300 sebulan pada FEBRUARI 2019
.
BERLIAN : RM 1500 @ 3 bulan amaun pakej. Boleh mula simpan RM500 sebulan pada MAC 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *