Bajet 2018: RM250 juta untuk 500,000 pencarum SSPN

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Bajet 2018 memperuntukkan sebanyak RM250 juta yang disediakan kepada 500 ribu pencarum berumur tujuh hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamakan semula sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M), kelolaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, geran sepadan RM500 akan diberikan kepada mereka yang mempunyai jumlah caruman sekurang-kurangnya RM500 dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai usia 18 tahun.

“Tempoh pelepasan cukai pendapatan individu dilanjutkan, terhad kepada enam ribu ringgit, bagi simpanan bersih yang dibuat ke dalam SSPN1M selama tiga tahun mulai tahun taksiran 2018.

“Ini adalah bagi menggalakkan budaya menabung untuk pendidikan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

1 thought on “Bajet 2018: RM250 juta untuk 500,000 pencarum SSPN”

  1. Pingback: Pulangan 100% dalam masa 1 bulan khas untuk ibubapa anak darjah 1 hingga 6 – SSPN1M-i Plus GERAN SEPADAN RM500

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *