36,000 akaun SSPN telah didaftar

CHERAS – Sebanyak 36,000 akaun telah layak untuk menerima Insentif Geran Sepadan percuma RM500 (GS500) di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) sejak ia dilaksanakan Januari tahun ini.

Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Wan Ahmad Wan Yussof berkata, berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan itu, beliau yakin pendaftaran tersebut mampu mencapai 50,000 akaun bagi bulan pertama ini.

“Sambutan yang amat baik di peringkat permulaaan ini dengan sokongan pelbagai pihak dan juga hebahan yang meluas.

“Kita yakin untuk bulan pertama, sebanyak 50,000 akaun akan didaftarkan dan bulan-bulan berikutnya akan mencapai sehingga 100,000 akaun. Sambutan amat baik dan kita harap kesedaran untuk menabung bagi pendidikan ini akan naik dengan cepat,” katanya pada sidang media Majlis Penyampaian Sumbangan Deposit SSPN1M anjuran Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak, sebentar tadi.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *